Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist

Gambar Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist 1

Banding harga dengan mudah di Umrahlist? Betul ke boleh buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist. Untuk tutorial kali ini, kami akan tunjukkan 3 langkah mudah untuk anda buat perbandingan harga dengan mudah dan pantas di Umrahlist. Di Umrahlist, apa yang kami sangat tekankan kepada tim kami adalah untuk memudahkan para pengguna dan pelawat portal kami untuk mudah membuat sebarang carian dan Umrahlist. Dalam masa yang sama apabila carian dibuat, mereka dan anda akan lebih mudah untuk bandingkan harga setiap satu pakej yang di Umrahlist.

Bagi memudahkan lagi tutorial kali ini, kami sudah bahagikan tutorial ini kepada 3 langkah mudah samada untuk membuat perbandingan mengikut musim umrah seperti umrah musim cuti sekolah, atau carian mengikut agensi umrah yang ada dalam Umrahlist ataupun mengikut harga yang sesuai dengan kemampuan dan bajet anda. Jom ikuti langkah dibawab ini supaya mudah untuk anda membuat sebarang perbandingan harga. Jika ada sebarang persoalan, seperti biasa anda boleh Live chat dengan kami ataupun hantarkan emel ke [email protected].

Langkah 1 – Buat perbandingan harga mengikut musim umrah

Seperti mana yang kita tahu, kebiasan pakej umrah ada beberapa musim penting samada daripada musim bulan ramadhan, musim hari raya, musim cuti sekolah, musim akhir tahun dan pelbagai lagi yang mungkin kami akan tambah dari semasa ke sama. Untuk langkah pertama ini, anda boleh membuat perbandingan harga mengikut musim umrah. Pertama sekali anda boleh masuk ke laman utama iaitu di link Umrahlist.com kemudian dalam kotak carian, anda pilih di bahagian “musim” seperti dalam gambar dibawah, kemudian klik Cari atau ‘search‘. Anda akan dapat lihat ke semua senarai pakej umrah mengikut musim yang telah anda tetapkan sendiri. Mudah kan?

BACA:  Tutorial: Cara daftar di UmrahList

Gambar Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist 2

Langkah 2 – Buat perbandingan harga mengikut agensi umrah

Untuk langkah kedua ini pula ianya lebih mudah jika anda sudah ada beberapa agensi umrah yang anda sendiri berkenan dan senang berurusan. Kami akan sentiasa menambah senarai agensi umrah kami dari semasa ke semasa. Jika anda ada sebarang cadangan bolehlah menghantar cadangan agensi umrah tersebut ke [email protected] Baiklah, untuk langkah kali ini sama juga seperti langkah pertama tadi, anda hanya perlu klik dan pilih agensi umrah seperti dalam gambar dibawah dan kemudian klik Cari atau ‘search’. Semua paparan atau pakej yang ditawarkan oleh agensi umrah tersebut akan muncul dalam senarai. Lebih mudah dan pantas kan?

Gambar Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist 3

Langkah 3 – Buat perbandingan harga mengikut harga pilihan sendiri

Untuk langkah terakhir iaitu langkah ketiga ini, anda boleh membuat pilihan dan carian mengikut harga anda. Katakan bajet anda mungkin paling tinggi adalah RM10,000 untuk sesuatu pakej umrah tersebut, anda boleh masukkan jumlahnya dalam kotak “max price” tersebut seperti dalam gambar di bawah ini. Setelah anda berpuas hati dengan jumlah tersebut, anda boleh klik butang cari atau ‘search’. Carian dan langkah 3 ini lebih mudah jika anda tidak ada spesifik musim ataupun agensi tetapi mahu tahu pakej mana yang lebih bagus dan sesuai dengan kemampuan bajet sedia anda. Jadi langkah ketiga ini adalah pilihan yang bagus. Senang tak?

Gambar Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist 4

Hasilnya?

Gambar Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist 5

Cukup dahulu tutorial cara nak buat perbandingan pakej umrah di umrahlist. 3 langkah ini kami rasa antara yang paling mudah untuk anda buat sekarang jika anda sedang mencari pakej umrah pilihan anda. Cubalah hari ini dan jika masih terdapat bantuan atau persoalan, silalah emelkan ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan. Ataupun jika anda ada sebarang idea penambaikkan untuk Umrahlist.com, maklumkan kepada kami juga. Kami rasa sudah cukup setakat ini dahulu untuk tutorial mudah kali ini. Jumpa lagi dalam tutorial seterusnya insyaAllah.

BACA:  Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList

Leave a Reply