Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist

Bagaimana cara untuk buat pembayaran deposit di Umrahlist? Ramai yang tanya di Facebook Page Umrahlist.com dan juga emel kami tentang pembayaran deposit. Kami tahu ianya tak mudah dan tak susah juga, jadi kali ini biar kami kongsikan cara buat pembayaran deposit dengan teknik lebih mudah. Anda hanya perlu ikut langkah demi langkah dalam tutorial kali ini, kalau dah biasa nanti akan lebih mudah. Anda juga nanti boleh ajar ataupun tunjukkan tutorial ini kepada ayah mak atau kekawan.

Untuk peringkat awal ini, anda kena faham dahulu sebenarnya untuk pembayaran deposit ini nanti anda tak perlu pun daftar akaun lagi. Cuma kalau anda daftar itu lebih mudah dan boleh mendapat beberapa manfaat seperti di sini. Dan satu lagi, berapa bayaran deposit ini di Umrahlist? Bagi yang belum tahu lagi, pembayaran deposit di Umrahlist adalah serendah RM500 sahaja dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan harga. Senang kan?

Langkah 1: Pilih mana-mana pakej

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 1

Untuk langkah pertama ini, anda perlu masuk ke mana-mana pakej Umrah yang anda berminat, kemudian dari situ anda fahamkan dahulu apa tawaran yang anda dapat untuk pakej tersebut. Ini penting kerana setiap pakej menawarkan perkara yang berbeza mengikut masa, musim dan syarikat pelancongan tersebut. Setelah anda sudah memilih satu pakej yang ingin ditempah, anda perlu pergi ke ‘booking form’ dan pilih masa, jenis pakej dan juga berapa orang.

Langkah 2: Klik ‘Proceed Booking’

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 2

Setelah anda berpuas hati dengan pilihan anda dari segi masa dan jenis pakej atau bilik yang telah ditetapkan. Anda boleh terus klik butang ‘Proceed Booking’. Dalam contoh tutorial ini, kami gunakan pakej Umrah Ekonomi (10 hari 8 malam) untuk menunjukkan demo kepada anda. Setelah anda klik butang ‘Proceed Booking’ tersebut, satu paparan popup akan keluar sini ini. Anda boleh login jika sudah mendaftar, ataupun ‘sign up‘ jika mahu ingin mendaftar. Ataupun dalam contoh ini kita akan gunakan butang ‘Continue as Guest’.

BACA:  Tutorial: Cara buat perbandingan harga dengan mudah di Umrahlist

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 3

Langkah 3: Isi butiran maklumat yang diperlukan

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 4

Anda kini akan dimasukkan ke laman maklumat butiran diri. Laman ini sangat penting kerana segala maklumat ini akan digunakan untuk menempah tiket penerbangan dan bagi urusan-urusan penting yang lain, jadi pastikan segala maklumat diisi dengan baik dan betul samada dari segi kesahihan dan juga ejaan. Setelah anda isi kesemua maklumat seperti nama pertama, nama terakhir, emel, nombor telefon, negara, dan juga alamat. Untuk di bahagian ‘billing details’ tu adalah maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam invois kelak. Untuk lebih mudah, anda boleh pilih atau tick sahaja ‘the same as contact details’.

Langkah 4: Semak harga deposit

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 5

Seterusnya, di bahagian kod kupon ini, anda boleh masukkan kod kupon jika ada. Untuk dapatkan kod kupon, anda boleh hubungi support kami. Setelah anda semak semula tarikh umrah dan jenis pakej yang diambil, anda sangat disarankan untuk semak harga deposit yang ditulis, buat masa sekarang 10% daripada jumlah keseluruhan harga pakej Umrah adalah diperlukan untuk deposit. Untuk akan datang, kami akan menambahbaik sistem ini dan meletakkan ‘fix amount’ untuk harga deposit. Jadinya ianya memudahkan semua pengguna kami untuk membuat bayaran deposit di Umrahlist. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat yang diisi, anda boleh klik butang ‘Next Step’. Adalah juga diingatkan bahawa kami tak galakkan untuk tekan butang ‘back’, cumanya jika terpaksa, anda masih boleh berbuat demikian.

Langkah 5: Pilih cara pembayaran

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 6

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 7

Setelah itu, anda akan terus ke laman pembayaran. Di sini anda boleh pilih sebarang servis tambahan yang ditawarkan oleh agensi umrah tersebut. Setiap agensi umrah menawarkan servis tambahan yang berbeza-beza mengikut pakej-pakej yang mereka letakkan di Umrahlist. Setelah itu juga, anda perlu semak semua maklumat yang diisi samada betul atau perlu buat pembetulan. Jika ada pembetulan, anda hanya perlu klik back dan ubah maklumat-maklumat tersebut. Selepas semua semakan selesai, anda boleh terus menuju ke bahagian ‘please select a payment method’, di sini anda boleh pilih samada menggunakan PayPal (auto approve) atau perlu ‘Book Now Via Email’. Jika anda pilih PayPal, anda boleh bayar guna debit atau kredit kad dan kami tidak perlu untuk semak dan approve pembayaran tersebut. Tetapi kalau anda pilih untuk tempahan di Emel, kami akan hantar satu emel cara pembayaran dan anda boleh bayar terus di akaun bank yang diberikan. Mudah kan?

Langkah 6: Selesai!

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 8

Alhamdulillah, anda telah pun selesai untuk membuat tempahan pakej Umrah di Umrahlist. Anda akan menerima satu emel notifikasi pengesahan daripada sistem kami. Dan lebih menarik lagi, anda boleh menyemak maklumat tempahan ini jika anda telah mendaftar dalam Umrahlist. Sebab itu pentingnya untuk anda mendaftar supaya semua maklumat dapat disemak di ruangan khas atau dashboard. Tutorial pendaftaran akaun baru di Umrahlist boleh semak di sini. Sebagai peringatan, semua tempahan ini perlu dibayar deposit sehingga 60 hari. Setelah ini, tempahan itu akan automatik dibuang daripada sistem kami dan perlu membuat tempahan yang baru. Mungkin waktu itu harga pakej Umrah sudah semakin mahal sebab sudah berdekatan dengan masa penerbangan.

BACA:  Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList

Gambar Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist 9

Cukup dahulu 6 langkah untuk membuat tempahan dan bayaran deposit di Umrahlist.com. Jika masih ada kurang faham atau samar-samar, anda boleh sahaja hubungi kami di ruangan ‘Live Chat‘ di sebelah kanan bawah ataupun emelkan ke emel [email protected]. Kami akan respon semua permasalahan satu per satu, jadi anda jangan risau jika emel anda dibalas lambat. Silalah hantar sebanyak mungkin emel untuk pertanyaan dan permasalahan. Tim kami sudi membantu.

Semoga tutorial cara buat pembayaran deposit di Umrahlist ini bermanfaat untuk anda dan semua jemaah yang bakal ke Umrah tahun ini.

Leave a Reply