Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList

Tahniah kami ingin ucapkan kepada pengguna Umrahlist yang sudah ada akaun sendiri bersama kami. Kami sangat hargai masa dan usaha anda untuk daftar dengan akaun bersama kami. Untuk yang terawal, pasti anda gembira kerana kami berikan siap-siap RM50 diskaun demi lebih menghargai pengguna terawal kami.

Bagi yang masih belum mendapat diskaun ini, cepat-cepat ‘Live Chat’ dengan kami ataupun hantarkan emel ke [email protected]. Buat masa ini kami sentiasa membuka emel setiap hari bagi menjawab sebarang permasalahan daripada pengguna kami.

Bagi yang tertanya-tanya, apa kelebihan bila dah ada akaun ini dan macam mana nak manfaatkan akaun yang kita ada di UmrahList ini? Jangan risau kerana dalam tutorial kali ini, kami akan ceritakan serba ringkas perkara penting yang anda boleh buat dengan akaun di Umrahlist.com.

Cumanya yang anda perlu tahu untuk peringkat awal ini, akaun anda memang percuma untuk didaftar. Kami tidak akan mengenai sebarang caj untuk pendaftaran akaun di website kami. Dan yang keduanya tujuan utama pentingnya ada akaun di Umrahlist ini adalah supaya anda boleh semak dan tempah sebarang pakej Umrah di sini.

Ok, mari kita lihat tutorial cara guna akaun di Umrahlist.com

Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList

1. Paparan Dashboard

Gambar Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList 1

Ini adalah paparan utama apabila anda pertama kali masuk ke akaun anda ataupun selepas anda login di sini. Segala menu penting ada di sini seperti ‘Edit Profile’, ‘Change Password’, ‘My Bookings’, ‘Invoices’, ‘Reviews’, ‘Wish List’ dan ‘Sign Out’. Kita akan pergi satu per satu untuk menu yang penting sahaja.

2. Edit Profile

Gambar Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList 2

Di sini anda boleh tukar gambar profil anda kepada gambar yang lebih menarik. Anda juga boleh mengubah nama, jantina, tarikh lahir, emel, nombor telefon, negara dan alamat anda. Kesemua info dan maklumat yang anda masukkan adalah dalam privasi anda dan kami tidak akan menjualnya pada ‘3rd Party Access’ seperti mana termaktub dalam Polisi Privasi kami. Jadi akaun anda sangat selamat di Umrahlist.com

BACA:  Tutorial: Cara Buat Pembayaran Deposit di Umrahlist

3. Change Password

Gambar Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList 3

Seterusnya adalah anda boleh mengubah kata laluan pada akaun anda. Samada ingin menukar untuk mengelakkan orang lain dapat tahu atau dapat akses kepada kata laluan anda ataupun anda terlupa password dan ingin menukar password. Dalam kes terlupa password ini, anda boleh sahaja reset kata laluan anda pada bila-bila masa sahaja.

4. Paparan My Booking

Gambar Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList 4

Ini adalah paparan yang paling penting dalam Umrahlist dan memainkan peranan yang cukup penting apabila anda mula menempah pakej Umrah dengan kami. Dalam paparan My Booking ini, anda boleh melihat sebarang tempahan yang dalam status ‘Pending’ , ‘Approved’ ataupun ‘Rejected’. Selain itu juga, anda boleh semak bayaran yang telah dibuat di sini. Jika pihak kami sudah menerima pembayaran tersebut dan ‘approved’ tempahan anda, anda akan nampak pakej tempahan anda di ruangan ‘Approved’.

5. Invoices

Gambar Tutorial: Cara guna akaun di UmrahList 5

Paparan Invoices adalah lebih kurang sama dengan paparan My Booking cumanya Invois ini khas untuk anda melihat status bayaran anda dan jika perlu untuk ambil sebarang tindakan untuk pembayaran. Di sini juga akan dipaparkan harga keseluruhan tempahan anda termasuk kos deposit dan juga servis caj jika ada. Kesemua maklumat tersebut boleh didapati di paparan invois dan kami sangat ‘transparent’ dalam hal ini.

6. Reviews

Antara perkara yang menarik dalam sistem Umrahlist ini adalah anda boleh memberikan reviews atau feedback kepada tempahan anda telah dibuat. Katakan selepas anda pulang daripada Umrah bersama dengan Umrahlist.com, anda boleh tinggalkan reviews dan pandangan anda tentang servis yang ditawarkan oleh agensi pelancongan di Umrahlist.com. Ini sangat membantu supaya pengguna lain dapat lihat dan dapat menilai.

BACA:  Tutorial: Cara daftar di UmrahList

7. Sign Out

Kami rasa untuk ‘sign out’ sudah pasti anda tahu apa fungsinya. Tidak lain dan tidak bukan, selepas anda login masuk ke akaun anda dan masuk ke dashboard untuk melihat sebarang tetapan atau tempahan pakej Umrah anda, anda boleh untuk ‘Sign Out’ atau keluar daripada akaun anda. Ini bukan bermakna untuk delete akaun anda, tapi hanya sekadar ingin keluar sebentar dan berhajat untuk masuk semula dalam tempoh masa tertentu.

Cukup dahulu 7 langkah dan tutorial yang kami kongsikan bagaimana anda boleh gunakan akaun anda dengan lebih dan semaksima mungkin. Kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan penambaikan untuk sistem Umrahlist memandangkan kami masih baru dalam arena ini. Anda boleh menghantar sebarang maklumbalas atau persoalan ke emel [email protected] ataupun ‘Live Chat’ dengan menekan tombol warna hijau apabila anda masuk ke Umrahlist.com

Kami doakan anda sentiasa dipermudahkan urusan untuk menggunakan akaun di Umrahlist.com. Dan kami berharap semoga panduan dan tutorial yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda serba sedikit. Silalah untuk ‘explore’ dengan lebih mendalam. Jumpa lagi dalam tutorial seterusnya.

Leave a Reply