Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 1

10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda. Baca Dulu Sampai Habis Jika Ada Plan Nak Pergi Umrah.

Saya menerima panggilan telefon, mesej, email dan inbox dari kalangan sahabat yang baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Kebanyakkannya meminta pendapat tentang pakej umrah melalui fb dan lambakan persaingan pakej di dalam internet. Pening kepala dibuatnya nak pilih mana satu yang terbaik.

Banyak yang mahal ada pula yang murah tambah mereka lagi.

Sebagai pengendali umrah, mutawif dan pembimbing jemaah sepanjang menguruskan pakej umrah, apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.

Mungkin berbeza pendapat dengan orang lain.

Semestinya sebagai ‘orang dalam industri’ saya cuba ketepikan sebarang pendapat yang bias tetapi berusaha untuk nampakkan realiti kepada semua.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 2

1. HARGA PAKEJ YANG DIIKLANKAN

Kena lihat apa yang ditawarkan oleh pihak travel and tour.

Apa pengisian yang disediakan kepada jemaah sepanjang berada di sana. Yang penting adalah program yang ‘menghidupkan’ jiwa seluruh jemaah sama ada secara individu atau berkumpulan.

Semasa pergi kita akan bersikap individualistik terutamanya hanya banyak habiskan masa bersama keluarga sendiri.

Tetapi sebaiknya semasa di sana nanti kita sudah bercampur gaul dengan semua orang dan pulangnya kita nanti semua sudah mesra sebagai sebuah keluarga yang besar. Itulah konsep umrah kami – hidup berjemaah.

Jadi teman-teman semua janganlah hanya lihat pada beg sandang, telekung, ihram, beg roda kecil, sarung kasut, buku panduan umrah.

Kebanyakan pakej umrah memang sediakan secara percuma. Setakat ini boleh dikatakan semua agensi umrah akan beri air zamzam 5 liter seorang untuk dibawa balik Malaysia.

Itu memang sudah dipakejkan!

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 3
Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 4

2. BILANGAN HARI YANG DITAWARKAN

Kena bijak membaca iklan dan melihat itinerary yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Ada hari kita akan habiskan waktunya di atas kapal terbang, transit di lapangan terbang dan bila sampai sudah habis satu hari.

Boleh jadi ada yang sampai 2 hari jika flight delay.

Oleh itu kena tolak siap-siap masa dari jadual penerbangan supaya kita betul-betul maksimakan waktu untuk dimanfaatkan sebaik mungkin di sana.

Biasanya 4 hari di Madinah dan 8 hari di Mekah adalah satu pakej yang wajar disediakan oleh pihak pengendali.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 5

3. JARAK HOTEL KE MASJID

Ini isu sensitif terutamanya bagi jemaah warga emas dan memerlukan bantuan kerusi roda.

Selalunya harga tidak menjadi masalah tetapi yang penting masjid dan hotel itu boleh ulang alik macam pergi dapur rumah.

Boleh kalau nak selesa macam itu cuma kena bersiap bersedia dengan ongkosnya.

BACA:  Pengenalan kepada Umrahlist, Apa Itu Umrahlist.com?

Apa pun ini semua bergantung pada rezeki masing-masing. Ada pengalaman seorang teman yang baru balik umrah menceritakan beliau dijanjikan 300m dari Masjidil Haram.

Tiba sana kena menapak 800m. Bawa 3 anak pula.

Dia cakap tak apa itu ‘bahagian’ dia cuma kesian pada anak-anak sahaja.

Nasihat saya, pengendali umrah bertanggungjawab untuk memastikan jaraknya sesuai dengan harga dari pakej yang ditawarkan.

Sebab itu di dalam iklan ditulis harga ‘DARI’ dan kemudian ada tambahan klausa menyebut HOTEL SETARA DENGAN JARAK YANG DITULIS maksudnya pihak agensi tidak menjanjikan hotel itu di mana dan walaupun ditulis nama hotel, masih boleh lagi ada perubahan selagi tidak jejak kaki di sana.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 6

4. BERAPA BILANGAN JEMAAH DI DALAM SATU BILIK?

Harga pakej yang dikenakan adalah berbeza kerana mengikut keperluan asas iaitu:

Bilik BERDUA – 2 katil sebilik
Bilik BERTIGA – 3 katil sebilik
Bilik BEREMPAT – 4 katil sebilik
Bilik BERENAM – 6 katil sebilik

Ada hotel yang caj peserta ikut harga bilik dan ada yang caj peserta mengikut harga katil. Ini menjadikan pakej yang ditawarkan akan berbeza mengikut hotel, jarak, jumlah bilik dan bilangan katil.

Jika pergi seorang diri, bersedialah untuk diatur oleh pihak agensi untuk disatukan dalam sebuah bilik berempat, berlima atau berenam.

Jika pergi bersama keluarga, kita ada pilihan hendak pilih bilik yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga kita.

Saya mudah sahaja. Bagitahu nak duduk bilik dengan siapa, kita atur suka sama suka dan manfaatkan sebagai sebuah keluarga besar.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 7

5. SYARIKAT PENERBANGAN YANG DIGUNAKAN

Kalau banyak transit macam Pakistan Airlines, nanti ada yang tak tahan badan. Boleh demam bila sampai di sana atau masa balik nanti.

Kebiasaannya yang menjadi pilihan kebanyakkan agensi adalah syarikat penerbangan MAS atau Saudi Airlines.

Orang Malaysia semestinya lebih sukakan MAS. Ini kerana layanan yang mesra dan juga makanan nya pun boleh tahan mewah.

Cuma bab nak solat nanti payah sikit sebab mereka tak benarkan jemaah berdiri bersolat dalam flight. Oleh itu jemaah hanya dapat bersolat dalam keadaan duduk atau solat menghormati waktu atas kerusi masing-masing.

Ketika pergi mungkin tak ada masalah. Waktu pulang itu kiblat berada di belakang kita. Bab ini nanti kena rujuk mutawif masing-masing ya tentang cara nak laksanakan solat dalam flight MAS.

Secara jujur dan ikhlas saya sendiri memilih Saudi Airlines sebab ada ruang solat agak luas disediakan. Boleh solat berjemaah lagi. Tambahan pula jemaah boleh manfaatkan masa selama 8 ke 9 jam perjalanan mendengar bacaan Quran yang disediakan melalui channel tv yang disediakan di belakang seat.

BACA:  Tips mudah persediaan sebelum mengerjakan Umrah

Seatnya juga sedikit luas bergantung kepada jenis kapal terbang. Paling penting ianya penerbangan terus tanpa transit yang panjang dan memenatkan jemaah.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 8

6. KHIDMAT MUTAWIF

Ada agensi yang menyediakan Ustaz atau ustazah yang datang bersama jemaah dari KLIA lagi. Ada pula yang sudah sedia menunggu di Madinah atau di Mekah.

Sesetengah agensi menggunakan khidmat pelajar Malaysia atau Indonesia sebagai mutawwif. Ini semua bergantung kepada pakej yang disediakan.

Kerana mutawif memang antara syarat wajib yang perlu agensi sediakan.

Saya sendiri selalunya akan bersama jemaah dari KLIA sampailah pulang nanti pun bersama jemaah juga. Kecuali ada sesi umrah yang perlukan saya tunggu jemaah di Madinah.

Biasanya bulan Disember sebab cuti sekolah dan ada 2 group dalam satu bulan. Jimat tiket kapal terbang.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 9

7. BERAPA KALI DAPAT BUAT UMRAH BERSAMA MUTAWIF?

Bagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, khidmat mutawwif amat diperlukan. Bagi yang sudah berkali-kali sampai, yang ni jangan cakaplah.

Kadang itu hanya nampak muka dia sekali sahaja masa di airport dan dalam bas. Lepas tu depa sudah ada program sendiri dan boleh bergerak tanpa bantuan mutawif.

Ada travel pakej umrah bawa jemaah buat dua kali umrah dan tiga empat kali. Ini bergantung pada jadual ziarah dan berapa hari penginapan di Mekah.

Umrah wajib bergantung dari mana, Jika yang turun di Madinah dulu akan mula bermiqat di Bir Ali. Bagi yang turun di Mekah, sudah pakai ihram dari KLIA dan akan berniat miqat di atas kapal terbang.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 10

8. JADUAL ZIARAH DAN TEMPAT LAWATAN

Ada agensi yang sudah masukkan sekali dalam harga pakej. Ada yang kena bayar asing, Kalau berminat dan mampu pergi melawat baru bayar.

Bagi ziarah sekitar Madinah dan Mekah bergantung kepada kelulusan daripada pihak Saudi.

Sepeti Madain Saleh, Taif, Muzium Haramain dan kilang kiswah semua ini lokasi ziarah yang memerlukan tasrih atau permit untuk masuk.

Jika ada isu keselamatan atau kesihatan kadang kala akan dapat arahan supaya tidak membawa jemaah melawat. Seperti isu wabak MERS-CoV di ladang Unta.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 11

9. KESELESAAN MENUNAIKAN IBADAH DI HARAMAIN

Bukan senang nak sampai Haramain dan bukan selalu pula dapat pergi ke sana. Duit belanja pun kena tebal dan banyak juga.

Yang penting cuba cari agensi yang mengambil berat dan boleh membantu jemaah yang menghadapi kesusahan, itu akan lebih memudahkan kita.

Syarikat ada nama sekali pun kadang kala ada juga yang terlepas pandang. Biasanya apa yang dipromosikan berbeza bila tiba sana.

BACA:  4 peringatan penting semasa memilih pakej Umrah - MOTAC

Dapat hotel bocor, tak ada air, jarak jauh, “ditinggalkan” mutawwif, jemaah dibiarkan sendiri sampai ada yang hilang.

Semua itu adalah sebahagian dari tugas dan tanggungjawab pengendali umrah untuk memastikan keselesaan jemaah sepanjang berada di sana.

Sebab itu saya katakan jemaah kena sentiasa rapat dengan ustaz atau mutawif yang pergi bersama. Biasanya saya malam-malam siap ada sesi mengopi dan perkongsian khusus untuk jemaah sama-sama mendalami dan memahami tujuan kita datang beribadah di Haramain.

Sebenarnya ada terlalu banyak benda yang nak dikongsikan kepada jemaah.

Rapat-rapatlah dengan mutawif ya. Jangan bimbang, biasanya dia tak garang dan tak makan orang. Kibas dia makan. Banyak bertanya, dapatlah ilmunya. Insha Allah.

Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 12

10. KURSUS DAN TAKLIMAT UMRAH DISEDIAKAN

Selalunya semasa kursus ada ajar betul-betul dari A to Z. Ada yang lebih banyak cerita fasal lawatan dan perjalanan umrah. Ada yang buat kursus macam semua yang sedang dengar itu sudah ada pengalaman pergi banyak kali.

Bimbang bagi yang pertama kali hendak pergi.. takut tak faham apa yang disampaikan.

Untungnya jika pergi bersama mutawif yang sama menyampaikan taklimat ketika kursus umrah. Sebab bonding dan kemesraan sudah ada. Jemaah sudah selesa dan mengenalinya dari tanah air lagi.

Jadi mudah untuk mereka merujuk dan senang jika ada sebarang masalah di sana nanti.

KESIMPULAN

Apa-apa hal pun, yang penting untuk kita sedar, kita TETAMU ALLAH di sana. Kadang kala ada agensi umrah yang tidak ternama, pakejnya murah pula dan rezeki jemaahnya dapat layanan istimewa dari Allah SWT.

Ada pakej yang mahal dan mewah kadang ada macam-macam masalah itu ini. PELAJARANNYA HARGA BUKAN TANDA ARAS BAGUS ATAU TIDAK SESUATU PAKEJ YANG DITAWARKAN.

Ada banyak perkara yang kita perlu perhalusi. Semak dulu diri kita adakah yang bermasalah itu pakejnya, pengendalinya atau kita sendiri sebagai jemaahnya.

Sebagai tetamu Allah kita memang membayar ‘harga’ tertentu untuk mendapat peluang ke sana. Tetapi dengan siapa pun kita pergi kita tetap berjalan di tanah suci sebagai seorang HAMBA.

Banyakkan bersujud melakukan solat taubat dari Malaysia lagi. Mohon dipermudahkan perjalanan dan urusan, andainya diuji Allah kerana sayangnya Allah kepada kita. Semoga kita mampu bersabar dan redha dengan ujianNya.

Semoga bermanfaat.

Ikhlas,
Shauqi Hasan
Bukan ustaz selebriti.

Kredit artikel di Facebook (https://www.facebook.com/muhamadshauqihasan/posts/2004375266497739)Gambar 10 Tips untuk Memilih Pakej Umrah sesuai dengan Bajet dan Kemampuan anda 13

 

Leave a Reply