Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

4 peringatan penting semasa memilih pakej Umrah – MOTAC

Gambar 4 peringatan penting semasa memilih pakej Umrah - MOTAC 1

Kami di Umrahlist sentiasa mengingatkan pengunjung laman sesawang kami untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih pakej Umrah terutamanya yang mempromosikan pakej Umrah mereka di sosial media atau internet. Kami menjumpai infografik yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan sangat suka untuk berkongsi dengan pembaca Umrahlist.

Berhati-hati semasa memilih pakej Umrah – 4 Peringatan Penting

1. Harga minimum yang disyorkan

Harga minimum yang disyorkan bagi pakej standard umrah ekonomi 12 hari 10 malam adalah RM4,900.00. Harga ini tidak termasuk kos visa bagi jemaah yang menunaikan umrah kali ke-2 dan seterusnya.

2. Pastikan pakej yang ditawarkan merangkumi

  • Tiket penerbangan pergi dan balik
  • Visa Umrah
  • Jenis bilik penginapan (samada berdua/bertiga/bertempat)
  • Kemudahan pengangkutan darat
  • Jarak dari hotel ke Masjidil Haram
  • Kekerapan makan dan minum
  • Lawatan / Ziarah (sekiranya ada)
  • Diiringi oleh wakil syarikat sepanjang tempoh perjalanan
  • Perkhidmatan mutawif
  • Perlindungan Skim Takaful Umrah untuk kecemasan, penyakit dan kematian

3. Fahami dan tandatangan perjanjian pembelian pakej Umrah

Anda perlukan pastikan beberapa perkara antaranya untuk memastikan ada peruntukan ganti rugi/bayaran balik sekiranya berlaku pembatalan, memastikan caj pembatalan dan terma syarat pembatalan dinyatakan dengan jelas, memastikan semua bayaran dibuat terus kepada akaun syarikat pelancongan dan bukan kepada akaun peribadi ejen atau wakil syarikat, dan akhir sekali untuk memastikan diberi resit rasmi syarikat yang mempunyai nama syarikat pelancongan

4. Berhati-hati dengan pengendali Umrah Tidak Berlesen

Ada 3 perkara yang perlu dititikberatkan, yang pertama hanya syarikat berstatus sendirian berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah bidang agensi pengembaran (ticketing) dan perniagaan pelancongan luar negeri (outbound) sahaja dibenarkan untuk mengelolakan pakej Umrah. Yang keduanya, Yayasan atau Koperasi atau Individu tidak dilesenkan sebagai pengendali umrah. Dan yang terakhir, penggunaan ejen atau wakil syarikat persendirian adalah tidak dibenarkan sama sekali.

BACA:  Pengenalan kepada Umrahlist, Apa Itu Umrahlist.com?

Sebagai rumusan, berhati-hati dalam memilih pakej Umrah dan belilah pakej umrah dan ziarah daripada Agensi Pelancongan yang Berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mengelakkan risiko penipuan.

Kami juga ingin memesan yang kami di Umrahlist akan sentiasa mengikut segala tips dan peringatan penting daripada MOTAC ini. Segala pakej Umrah yang diletakkan di Umrahlist adalah selamat dan dijamin anda akan boleh mengerjakan Umrah dan sampai semula ke Malaysia. Usah risau dan pening kepala, tempahlah pakej Umrah anda di Umrahlist hari ini!

Gambar 4 peringatan penting semasa memilih pakej Umrah - MOTAC 2

Sumber infografik: http://www.motac.gov.my/en/archives/2017/tips-memilih-pakej-umrah

Leave a Reply